Monday, October 31, 2011

Ekspo Buku Islam 2011...

Bismillah..
Dengan Nama Allah..

Pada 30hb Oktober 2011- sampai je aku di KL.. Tup2 ikhwah ajak pegi Ekspo Buku Islam.. Kat mane tempatnya itu? KL Sentral.. Tarikh TAMATnya Ekspo itu pada hari ni.. (1 NOV 2011).. Masih sempat kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku2 islam dengan potongan harga 10% - 50%.. cepat2 la ke sana.. hari ini juga.. hehe.. 9 pagi - 9 malam...






Kebetulan pada hari Ahad ari tu, ada sesi bedah buku novel terbaru Ustazah Fatimah Syarha.. Apa lagi memang duk depan sekali la.. Novel terbarunya itu bertajuk "Sebarkan Cinta-Mu".. Ciri- ciri novel tersebut:



TAJUK : Sebarkan Cinta-Mu
PENULIS : Fatimah Syarha Mohd Nordin
M/S : 874 ms
HARGA ASAL : RM 31.00
HARGA SELEPAS % : RM 28.00
TERBITAN : PTS LITERA UTAMA. SDN. BHD.
KOMEN PERIBADI : Jenis novel Feminism.. Sarat dengan ilmu dan fakta2 yang semua lelaki di dunia ini, Islam atau tidak perlu ketahui termasuk wanita juga.. Senang citer, semua orang di dunia ini perlu tahu akan ilmu2 dan fakta tersebut.. Salah satu fakta dari novelnya itu, "POLIGAMI BUKAN SUNNAH!"... Jeng.. jeng.. jeng.. Nak tahu lebih lanjut.. better BELI.. MEMILIKI.. dan BACA..

Sebelum balik sempat la mintak autograf ustazah dan borak ringan dengan ustazah.. hehe..


Link2 yang ada kaitan dengan ekspo:





-TAMAT-

Wednesday, October 19, 2011

Rukun Islam & Rukun Iman...

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Entry kali ini hanyalah sekadar untuk peringatan diri saya dan kawan-kawan yang lain.. Bimbang lupa.. Lebih-lebih lagi kalau saya yang lupa.. Sama-sama kita peringatkan..

RUKUN ISLAM...
Rukun Islam ertinya tiang yang saling memerlukan & melengkapi untuk menegakkan Islam dengan sempurna. Rukun Islam itu ada 5 PERKARA:
  1. Mengucap 2 kalimah Syahadah.
  2. Mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
  3. Menunaikan zakat.
  4. Puasa pada bulan Ramadhan.
  5. Mengerjakan haji ke Masjidil Haram/Baitullahil-Haram bagi yang berkemampuan.

RUKUN IMAN...
Tidak dikategorikan seseorang itu beriman dengan sebenarnya jika dia tidak menerima secara bersungguh-sungguh atau hanya mempercayai sebahagian daripada rukun iman & menolak sebahagian yang lain. Sesiapa yang menolak sebahagian atau meragui sebahagian daripada rukun iman bererti dia menolak keseluruhan rukun iman. Ini yang dikatakan sebagai [6-1=0].. haha.. Rukun Iman itu ada 6 PERKARA:
  1. Percaya kepada Allah.
  2. Percaya kepada Malaikat.
  3. Percaya kepada kitab-kitab.
  4. Percaya kepada rasul-rasul.
  5. Percaya kepada hari kiamat.
  6. Percaya kepada Qada' & Qadar.

-TAMAT-

Sunday, October 16, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT! HADIRKAN DIRI ANDA UNTUK ISLAM...

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Seperti yang kawan-kawan sedia maklum atau yang belum mendapat berita, 22 Oktober 2011 ini akan berlangsung Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam. Himpunan yang cuba untuk mensasarkan lebih 1 juta orang Islam untuk berhimpun ini akan bermula pada jam 2 petang dan dijadualkan tamat pada jam 6 petang. Berikut adalah objektif Himpun Sejuta Umat ini:


Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

3. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

4. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

5. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

6. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.



-TAMAT-

Friday, October 14, 2011

10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri...

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Perkongsian daripada sahabat saya, Tuan Hafizullah Tuan Yunus..

Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini Tuan Hafizullah berikan beberapa tips dan petua untuk kita tingkatkan keyakinan diri.

PETUA 1:
"Anggaplahdiri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?"

PETUA 2:
"Apa-apa kekurangan/ kelemahan yang ada pada diri anda, anda perbaiki."

PETUA 3:
"Jangan takut-takut dan teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif."



PETUA 4:
"Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat."

PETUA 5:
"Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang."

PETUA 6:
"Kemaskan diri & anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu."

PETUA 7:
"Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku."



PETUA 8:
"Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan."

PETUA 9:
"Sentiasa peka pada waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas."

TUGAS 10:
"Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita."

Insya Allah, anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda.
Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang.
Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya.. (^^,)

-TAMAT-

Anak_Monyet_Yang_Dalam_Kesusahan...

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Pada suatu hari, seekor anak monyet sedang mencari makanan di dalam hutan. Setelah puas berjalan, akhirnya ia ternampak sepohon pokok mangga. Pokok mangga itu terletak di tepi sungai. Ia memanjat pokok mangga itu. Tiba-tiba ia ternampak setangkai buah mangga yang sudah masak di hujung dahan itu.

"Wah, buah-buah mangga itu nampak masak ranum!" Kata anak monyet.


Dahan itu terlalu kecil dan amat mudah patah. Anak monyet pun memanjat dahan itu dengan berhati-hati. Apabila ia hampir dengan tangkai buah mangga itu, ia pun menghulurkan tangannya untuk memetik buah mangga itu. Tiba-tiba dahan itu patah. Anak monyet terjatuh ke dalam sungai.

"Tolong! Tolong!" Jerit anak monyet yang ketakutan itu.

"Tolong! Saya tak tahu berenang!"

Pada masa yang sama, seekor gajah sedang melalui kawasan itu. "Pak Cik Gajah, tolong saya! Saya tak tahu berenang!" Jerit anak monyet.

"Tolong keluarkan saya! Saya hampir lemas!"

"Apakah yang kamu buat di dalam sungai itu?" Tanya gajah.

"Tolong keluarkan saya dulu!" Kata anak monyet.

"Kemudian, awak boleh tanya apa-apa pun!"

"Tidak! Awak perlu berjanji dengan saya yang awak mesti belajar berenang terlebih dahulu sebelum awak bermain di dalam sungai!" Kata gajah.



"Baiklah, saya janji!" Kata anak monyet.

"Pak Cik gajah, cepat selamatkan saya!"

Anak monyet kelihatan semakin lemah.

"Tunggu dulu, saya akan tunjukkan awak..." kata gajah.

Belum pun sempat gajah habis berkata-kata, anak monyet telah pun tenggelam. Ia mati lemas di sungai itu.

MORAL:
"Jika kamu ingin menolong seseorang, lakukan dengan segera dan jangan berlengah."

-TAMAT-

Sunday, October 9, 2011

Menabung... (^^,)

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

"Syaitan menjanjikan (menakutkan) KEMISKINAN kepada kamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kedekut), sedangkan Allah menjanjikan ampunan & kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." (2:268)

Rasanya sudah lama aku tidak menulis... Post terakhir berkenaan Tok Ayah masuk ICU.. Alhamdulillah sekarang dah beransur sihat..

Aku nak kongsi mesej aku dengan sahabat yang disayangi..

SAHABAT:
"Aku ada satu tips nak share ngan hang.. x tau la ia berguna ke x.. nak x?"

AKU:
"Mestilah nak.. Lebih-lebih lagi dari hang.. (^^,)"

SAHABAT:
"Tips ni daripada Dr. Muhaya.. Tips serampang 2 mata.. Dapat menabung duit.. & tambah keinsafan.."

AKU:
"Macam mane? Aku macam x berapa faham je dengan mesej ko tu.."

SAHABAT:
"Beli satu tabung.. Setiap kali hang buat 4M, hang kene masukkan RM1 dalam tabung tu.. Apa itu 4M?? Mengeluh.. Menyesal.. Mengumpat.. lagi satu apa ntah.. Sat aku cuba ingat balik..."

SAHABAT:
"Merungut.. Mengeluh.. Menyesal.. Mengumpat.. Setiap kali dilakukan 4 benda negatif ni dalam minda or hati hang.. Hang kene masukkan RM1 dalam tabung.. Faham x?"

SAHABAT:
"Dan bila dah cukup sebulan, hang tengok hasilnya.. Berapa kali hang buat benda negatif ni dalam hidup hang.. Dah berapa banyak hang rugi? Dah berapa banyak hang buat dosa.. Tapi dalam masa yang sama.. Hang boleh menabung jugak^^, ... OK x tips ni?"

AKU:
"Hang nak start bile? Kite start sama2.."

SAHABAT:
"Aku start hari ni.. Hehe.. Tapi aku letak 50 sen bagi setiap kesalahan aku.. Coz aku ada TABUNG PALESTIN.. Setiap hari aku menabung RM1.."



AKU:
"K2.. Insya Allah.. Aku nak start ari ni jugak..  Aku nak start 2 tabung.. Satu TABUNG 4M.. Satu lagi TABUNG PALESTIN.. Mungkin aku perlu waktu untuk ikhlaskan diri dengan amalan baharu ini.."

SAHABAT:
"Pehe... Yang Palestin tu.. Jika bukan niat hang.. jangan..."

AKU:
"Kalo x start sekarang nak ikhlaskan hati, nak start bile?"

SAHABAT:
"Hang mengeluh ya tadi? Sila masukkan RM0.50 dalam tabung 4M.... ^^,"

Apa pandangan anda semua? Semua orang nak masuk syurga bukan? Semua orang nak dapat redha Allah bukan? Tepuk dada tanya iman.. (n_n)...

-TAMAT-

Saturday, September 10, 2011

Moga Allah Perbesarkan Iman Tok Ayah...

Bismillah..
Dengan Nama Allah..

25 Ogos 2011 (Khamis), Tok Ayah (Datuk) masuk ICU di Hospital Tengku Nur Zahirah, Kuala Terengganu.. Hari terakhir PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah).. Sakit Barah Usus.. Barah yang dikeluarkan dari usus Tok Ayah sangat banyak.. Sebanyak 2 botol mineral saiz besar.. Nasib baik Tok Ayah ada ramai anak.. Boleh Tok Ayah dijaga oleh mereka..

Bila tahu Tok Ayah masuk ICU, aku x sedih sangat.. Mgkin sebab selalu dimarahi dengan Tok Ayah time kecik.. Jadi x rapat sangat.. Tapi bila 2 mata kurniaan Allah ni lihat Tok Ayah x sedarkan diri di ICU, tiba2 air mata mengalir perlahan.. lap2.. keluar lagi.. lap2.. Keluar lagi.. Tetibe rase sayu.. Ya Allah.. x dapat nak digambarkan dengan kata2..



Nenek ku masih mampu tersenyum..



Giliran aku dan ayah aku menjaga Tok Ayah di ICU adalah pada Hari Jumaat (malam Sabtu).. Malam tu bukan boleh tido sangat.. jadi peneman malam yang sunyi itu adalah AQ dan Hadis 40..

Pada Hari Raya pertama (1 syawal/ 30 Ogos 2011), Tok Ayah dah boleh keluar ICU & ditempatkan di wad biasa.. Aku dan family beraya di hospital.. Lame jugak Tok Ayah berada di dalam ICU tu.. Tapi sekarang, Tok Ayah dah berada di rumah sekarang (Dah keluar hospital)..





"Moga Allah Perbesarkan Iman Tok Ayah Menghadapi Ujian dari Sang Pencipta.."

-TAMAT-

Saturday, August 13, 2011

KITA & SOLAT

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kadang2 ana ade jugak tanya diri ana sendiri..
"Mengapa aku selalu melakukan yang keji dan mungkar?"
"Mengapa orang lain ramai yang melakukan perkara keji dan mungkar?"
Ana rasa jawapannya dah di depn mata kita semua.

Para sahabat pernah bertanya kpd nabi tentang ayat “sesungguhnya solat mencegah dari perbuatn keji dan mungkar” (al-ankabut : ayat 45). Maka nabi pun menjawab,”jika solat seseorang itu tidak sempurna maka solatnya tidak dapat mencegah perbuatn keji dan mungkar”.



Pada 26 Jun 2011, ana dan beberapa sahabat yang lain telah menghadiri Program Tahsin Solat di Subang Jaya. Bila ana chek2 balik, rupanya ada banyak lagi yang salah dalam solat ana. Ana bermonolog.. Agak2 solat aku selama ni betul ke salah? Aku pun terfikir gak, entah2 solat kite ni Allah terima ke x? patutla aku tengok ada yg tak pakai tudung, ada yg isap benda yg diisap, ada yg ponteng usrah, entahla...

Betul ke kita solat 5 waktu?
"Lepas"
 
Betul ke kita solat wajib berjemaah?
"Err..."
 
Betul ke kita solat di awal waktu ngan imam?
"…"
 
Betul ke solat kita tu ikhlas kerana Allah?
 
Betul ke dalam solat kita khusyu’?

Atau kita dalam golongan yang solat tapi celaka? Yang solat cam monorel? Yang solat cam ayam patuk nasi?
Ingatlah: “sesungguhnya amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah ialah solat, jika baik solatnya maka baiklah segala amalannya. Jika buruk solatnya maka buruklah segala amalannya.”.

Abis tu camne? Tanya iman , Tanya islam , hisab diri.
“learn, live, love islam”

Saturday, July 30, 2011

Buku - 101 Rekriasi Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. Berjaya sudah menghabiskan bacaan "Buku 101 Rekriasi Hati"...Bagi yang MUSLIM, elok dijadikan panduan.. Bagi yang BUKAN ISLAM, anda juga boleh membaca buku ini untuk mengenal bagaimana sepatutnya akhlaq seorang muslim yang beragama islam..



Tajuk : 101 Rekriasi Hati
Penulis : Dr. Zahazan Mohamed
Kartunis : Nik Wafdi Nik Jaafar
Terbitan : Telaga Biru
Cetakan Pertama : Februari 2011

Ulasan ringkas dari ana:
Buku ini dipetik drpd 300 HADIS BIMBINGAN karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Buku ini juga merupakan Buku Hadis Berilustrasi Yang Pertama Diterbitkan...

Keistimewaan buku ini:
  • Sesuai dibaca untuk semua peringkat umur.
  • Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.
  • Mendekatkan pembaca kepada hadis.
  • Senang difahami dan dihayati.
  • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan.
  • Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
  • Sebagai bimbingan kepada remaja.

Sahabat2 yang mulia, jangan lupa untuk mengambil ibrah (pengajaran) dari apa yang kita baca.. Barakallahu fikum... (^^,)

-TAMAT-

Tuesday, July 26, 2011

Kambing Yang Tidak Pernah Puas...

Bismillah...

Pada suatu hari, kambing dan sahabatnya, lembu pergi meragut rumput di sebuah padang rumput. Rumput di situ sungguh subur dan segar. Rumput-rumput di situ amat mencukupi untuk keperluan kedua-dua haiwan itu. Namun kambing masih belum puas. Ia terfikir akan padang rumput yang terletak di sebalik bukit. Padang rumput itu agak jauh dari situ. Kambing ingin pergi ke sana kerana menganggap rumput di padang itu lebih baik.

Keesokan paginya, kambing memberitahu lembu akan keinginannya.


"Aku dengar rumput di padang di sebalik bukit sana lebih segar dan sedap. Aku ingin pergi ke sana. Adakah kamu ingin ikut sama?" Tanya kambing kepada lembu.

"Tidak!" Jawab lembu.

"Aku gembira menikmati rumput yang segar di sini. Udara di sini pun nyaman. Lagipun, tidak ada haiwan lain yang mengganggu aku di sini. Aku boleh makan sepuas-puasnya." Jawab lembu lagi.

"Betulkan kamu ingin pergi ke sana?" Tanya lembu.

 
"Tempat itu agak jauh. Perjalanan ke sana akan mengambil masa beberapa jam. Kamu perlu berhati-hati kerana kamu perlu mendaki bukit yang berbatu-batu," terang lembu.

"Kamu jangan bimbang," kata kambing.

"Tahulah aku menjaga diriku sendiri. Aku akan bertolak sekarang dan aku akan jumpa kamu pada petang nanti," kata kambing sambil memulakan perjalanan ke padang rumput di sebalik bukit itu.

Kambing terpaksa mendaki bukit yang berbatu-batu. Oleh kerana perjalanan agak sukar, kambing mengambil masa yang lama untuk sampai. Apabila sampai, kambing merasa terlalu penat. Ia berehat seketika. Kemudian, barulah ia mula meragut rumput. Ia hampa kerana rumput di situ kering dan rasanya tidak sedap.

"Cis, rumput di sini sungguh teruk!" Kata kambing. Ia menyesali tindakannya.


MORAL:
"Jangan bersikap tamak. Bersyukur dengan apa yang kita ada."

Saturday, July 16, 2011

Terapi Bunga Di Pameran Floria 2011 (2)

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Berikut ialah gambar2 suasana di sana..


























Sebenarnya banyak lagi gambar yang menarik yang x dapat di uploadkan disebabkan sebab2 tertentu.. x termasuk gambar jenis Macro lagi.. hehe.. Ape2 pun Ciptaan Allah Maha Hebat.. Subhanallah..