Saturday, July 30, 2011

Buku - 101 Rekriasi Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. Berjaya sudah menghabiskan bacaan "Buku 101 Rekriasi Hati"...Bagi yang MUSLIM, elok dijadikan panduan.. Bagi yang BUKAN ISLAM, anda juga boleh membaca buku ini untuk mengenal bagaimana sepatutnya akhlaq seorang muslim yang beragama islam..



Tajuk : 101 Rekriasi Hati
Penulis : Dr. Zahazan Mohamed
Kartunis : Nik Wafdi Nik Jaafar
Terbitan : Telaga Biru
Cetakan Pertama : Februari 2011

Ulasan ringkas dari ana:
Buku ini dipetik drpd 300 HADIS BIMBINGAN karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Buku ini juga merupakan Buku Hadis Berilustrasi Yang Pertama Diterbitkan...

Keistimewaan buku ini:
  • Sesuai dibaca untuk semua peringkat umur.
  • Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.
  • Mendekatkan pembaca kepada hadis.
  • Senang difahami dan dihayati.
  • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan.
  • Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
  • Sebagai bimbingan kepada remaja.

Sahabat2 yang mulia, jangan lupa untuk mengambil ibrah (pengajaran) dari apa yang kita baca.. Barakallahu fikum... (^^,)

-TAMAT-

Tuesday, July 26, 2011

Kambing Yang Tidak Pernah Puas...

Bismillah...

Pada suatu hari, kambing dan sahabatnya, lembu pergi meragut rumput di sebuah padang rumput. Rumput di situ sungguh subur dan segar. Rumput-rumput di situ amat mencukupi untuk keperluan kedua-dua haiwan itu. Namun kambing masih belum puas. Ia terfikir akan padang rumput yang terletak di sebalik bukit. Padang rumput itu agak jauh dari situ. Kambing ingin pergi ke sana kerana menganggap rumput di padang itu lebih baik.

Keesokan paginya, kambing memberitahu lembu akan keinginannya.


"Aku dengar rumput di padang di sebalik bukit sana lebih segar dan sedap. Aku ingin pergi ke sana. Adakah kamu ingin ikut sama?" Tanya kambing kepada lembu.

"Tidak!" Jawab lembu.

"Aku gembira menikmati rumput yang segar di sini. Udara di sini pun nyaman. Lagipun, tidak ada haiwan lain yang mengganggu aku di sini. Aku boleh makan sepuas-puasnya." Jawab lembu lagi.

"Betulkan kamu ingin pergi ke sana?" Tanya lembu.

 
"Tempat itu agak jauh. Perjalanan ke sana akan mengambil masa beberapa jam. Kamu perlu berhati-hati kerana kamu perlu mendaki bukit yang berbatu-batu," terang lembu.

"Kamu jangan bimbang," kata kambing.

"Tahulah aku menjaga diriku sendiri. Aku akan bertolak sekarang dan aku akan jumpa kamu pada petang nanti," kata kambing sambil memulakan perjalanan ke padang rumput di sebalik bukit itu.

Kambing terpaksa mendaki bukit yang berbatu-batu. Oleh kerana perjalanan agak sukar, kambing mengambil masa yang lama untuk sampai. Apabila sampai, kambing merasa terlalu penat. Ia berehat seketika. Kemudian, barulah ia mula meragut rumput. Ia hampa kerana rumput di situ kering dan rasanya tidak sedap.

"Cis, rumput di sini sungguh teruk!" Kata kambing. Ia menyesali tindakannya.


MORAL:
"Jangan bersikap tamak. Bersyukur dengan apa yang kita ada."

Saturday, July 16, 2011

Terapi Bunga Di Pameran Floria 2011 (2)

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Berikut ialah gambar2 suasana di sana..


























Sebenarnya banyak lagi gambar yang menarik yang x dapat di uploadkan disebabkan sebab2 tertentu.. x termasuk gambar jenis Macro lagi.. hehe.. Ape2 pun Ciptaan Allah Maha Hebat.. Subhanallah..

Terapi Bunga Di Pameran Floria 2011 (1)

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Pada 14 julai 2011, Ana & rakan sekelas pergi melawat Pameran Floria 2011 di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk belajar tetang terapi bunga untuk murid2 pemulihan.. Lawatan itu bukan sahaja kelas ana yang pergi tetapi kelas pelajar PISMP 4D, 2 & PPISMP 3 turut mengikutinya..

Sebelum menikmati gambar yang diambil, ana nak perkenalkan kemera2 nya dahulu.. Biasanya semua orang ada yang jadi fotographer.. namun kemera x boleh tipu.. hehe.. DSLR & Compact..

Berikut ialah gambar yang menarik bagi ana.. :

Pensyarah Pembimbing.. En. Suhaimi, Cik Siti Salamah & pn. Norzana.


Aik? Ke mana perginya guru2 lelaki?









La.. Baru muncul guru2 lelaki.. hehe..



Eh, BELAAN Shah pun ade?



Bersama adik2 comel.. haha..



Tempat terakhir yang dituju.. Dah penat berjalan.. Ape lagi.. URUT..

Bila direnung balik, gambar yang diambil kamera tampak hebat dan cantik.. namun begitu ada yang lebih hebat dari kamera iaitu MATA.. Ciptaan Allah.. Renung2kanlah..