Monday, December 28, 2015

Pengurusan Kewangan Norazwani Shaari

Bismillah
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kali ini.. saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian mengenai pengurusan kewangan oleh seseorang... Facebooknya bernama Norazwani Shaari...

Artikel di bawah adalah hasil tulisan beliau:

Alhamdulillah, hampir ke penghujung 2015 yang penuh pahit manis. Tahun yang agak mencabar dengan kenaikan kos sara hidup dan kemelut kewangan. Tiada cara lain untuk mengatasinya, hanya 2 cara iaitu:
1. Menambahkan pendapatan.
2. Mengurangkan perbelanjaan.

Yang saya kongsikan disini hanyalah cara tabungan seorang marhein amatur ya. Sharing is caring gitu... ^_^


Ini tabungan fizikal saya sepanjang 2015... Setiap tabung ada fungsi masing-masing.. Setakat ni, Alhamdulillah berjaya disiplinkan diri dan tak tergoda untuk seleweng duit tabung, walaupun x berdosa pun seleweng tabung sendiri.. Mari berdisiplin menabung... Menabung amalan mulia..^_^


TABUNG KECEMASAN
Jumlah Tabungan:
RM300 setiap bulan.

Tempoh Matang:
Setiap bulan, bila-bila masa memerlukan.

Contoh Penggunaan:
Rawatan perubatan anak di klinik.. Since kami suami isteri ni civil servant, tiada klinik swasta yang nak bagi rawatan percuma, terpaksa la wujudkan tabungan khas... Kalau dalam bulan tersebut, duit ada baki, just carry forward untuk next month..

Utk mereka yang memang dah ada klinik panel, boleh guna tabungan ni untuk situasi lain... Contohnya, tetiba bateri kereta kong ke, nk kena tukar tayar ke.. Definisi cemas tu sendiri berbeza bagi setiap keluarga, kan? ^_^

2016:
Tabung ini akan dikekalkan dengan jumlah yang sama (masih juga share 50:50 dengan suami). Penambahbaikannya, nak simpan semua resit yang nak claim guna tabung ni, so boleh tau apa, berapa, bila yang cemas benoo tu.. ^_^


TABUNG PERCUTIAN


Jumlah Tabungan:
RM200 setiap bulan.

Tempoh Matang:
Cuti sekolah pertengahan penggal atau cuti sekolah akhir tahun.

Contoh Penggunaan:
Tahun ni, Abang Hadif berfikir nak gi Legoland.. Kalau sesaja nak pergi tanpa bajet, azab jugak kot.. Tiket mahal, minyak, tol, hotel, makan minum etc... Jadinya dari awal tahun dah set nak gi Legoland hujung tahun nanti, dengan syarat Abang Hadif kena habiskan Iqra 3 dan Bacalah Anakku 6..

Bulan Oktober yang lepas, Abang Hadif berjaya habiskan Iqra 3, tapi kurang lancar pada hukum 'nun mati' dan 'sabdu' maka kita repeat balik sepanjang awal cuti sekolah... Kat kedai makan sementara menanti order pun baca Iqra jugak...

Hasilnya dapat la gi Legoland beberapa hari lepas.. Selepas tolak duit beli tiket masuk Legoland, short vacay di Bukit Tinggi and check in hotel kat Terengganu, ada baki dalam 1.5k lagi untuk 2 malam stay kat hotel, minyak, tol, makan minum dan blanja-belanja lain...

Seronok ada tabungan ni.. Selain untuk reward kejayaan anak, dapat jugak reward diri sendiri yang penat bekerja.. Gini je la marhein reward diri.. Takde la sampai gi London, Ostolia bagai.. ^_^

Dah ada tabung ni, berenti makan pun, order je apa nak... Kat restoran ikan bakar pun, order segala jenis seafood tanpa ragu-ragu sebab tau ada tabung nak bayarkan... Makan kat restoran dalam Legoland yang serba mahal tu pun, boleh la makan tanpa susah hati... Syok sebab tak kacau duit simpanan tabung haji or gaji bulanan...

Tahun-tahun sebelum ni, pernah guna tabungan ni untuk ke Melaka, Morib Gold Coast, USS Singapore etc... Dekat-dekat je pun bercutinya..^_^

2016:
Tabungan ini dikekalkn dengan jumlah yang sama dan pencarum yang sama 50:50 husband and wife... Baki 2015 ada lagi RM179... ^_^

P/s: semua orang mampu bercuti... Berapa nak contribute monthly bergantung bajet masing-masing.. Paling tidak, if simpan sorang RM25 pun, sebulan husb-wife dah ada RM50, setahun dah ada RM600... Ok la tu kan.. ^_^


TABUNG ABANG & ADIK


Jumlah Tabungan:
Tidak tetap.. Mengikut berapa jumlah yang disedekahkan oleh saudara mara dan rakan taulan.

Tempoh Matang:
Setiap kali selepas musim perayaan. Biasanya setahun sekali, lepas habis Syawal akan bank in duit ni ke Tabung Haji... Kalau sebelum Syawal dah banyak terkumpul, akan belikan emas for both kids.

Contoh Penggunaan:
Bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya.. Ini wang milik anak-anak.. Ibubapa hanya pemegang amanah.. Boleh digunakan untuk tujuan pendidikan anak-anak sahaja... Jangan dok guna buat tukar sport rim plak ^_^

Untuk abang dan adik, seawal usia 2 bulan, mereka dah ada tabungan sendiri di Tabung Haji dan akaun emas di Kuwait Finance House.. Sumber dana untuk 2 tabung ini, selain sedekah org ramai, dicarumkan juga RM25 seorang setiap bulan melalui potongan gaji terus ke akaun TH...

Duit adik setakat ni belum terusik... Duit abg ada dah guna 2k masa gi umrah and few hundreds untuk cover yuran tahunan tadikanya yag mencecah 1.8k tu...

2016:
Tabung masih dikekalkan.. Actually, saya banyak follow arwah abah bab pengurusan kewangan ni.. Abah dulu gaji kecik je, anak 7 orang.. Tapi tetap buat potongan gaji RM5 setiap anak terus masuk ke TH.. Duit-duit raya pulak masuk akaun BSN.. Masa form 1 dok kat asrama, abah bagi pegang buku BSN sendiri untuk kegunaan jika perlu.. Bila masuk matrik pulak, dapat pegang buku akaun TH sendiri.. RM5 yang abah simpan bulan-bulan tu, menghasilkan lebih dari 1k jugak masa saya di metrik.. TQ abah ^_^


TABUNG TONE EXCEL


Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah komisyen diberikan.

Tempoh Matang:
Erkk.. Belum tetapkan tempoh matang.. Tabung baru bermula Mac 15.

Contoh Penggunaan:
Belum pernah digunakan. Cadangan asal nak reward diri beli apa-apa yang disukai tapi rasa macam membazir pulak.. Insya Allah akan digunakan sebagai modal awal pelaburan ke mana-mana unit trust yang patuh syariah.

Komisyen tone excel adalah pendapatan pasif saya. Bila topup, dapat komisyen.. Rekemen pada kawan-kawan, dapat komisyen lagi... Kawan-kawan topup fon pun kita dapat komisyen... Nilai sen-sen tu bila dikumpul banyak jugak
rupanya ^_^

Saya tak gunakan duit ni sebab memang anggap duit ni x wujud... Apa tak nya, berbelas tahun guna meksis,
sekupang pun x dapat apa... Hihihi ^_^

2016:
Tabung dikekalkan.. Jom bertukar kepada tone excel ^_^


TABUNG SYILING


Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah lebihan syiling yang ada.

Tempoh Matang:
Serentak dengan tempoh matang Tabung Abang Adik... Akan bank in sekali di Tabung Haji..

Contoh Penggunaan:
Sama seperti kegunaan tabung abang adik..

2016:
Tabung dikekalkan...^_^


TABUNG BISNES


Jumlah Tabungan:
Modal maksima hanya RM1.2k..

Tempoh Matang:
Sekiranya melebihi 1.2k, akan di bank in ke akaun bisnes di bank.

Contoh Penggunaan:
Belian barang niaga dan terimaan hasil jualan secara cash..

2016:
Tabung dikekalkan...^_^

Sedikit info, saya mulakan bisnes dengan modal RM0.. Berniaga secara dropship sahaja.. Ada orang order barang dan bayar duit, baru saya placed order pada supplier.. Memang tak berani langsung nak keluarkan modal sendiri.. Nak buat loan untuk modal bisnes lagi laaa tak mungkin... Jadinya simpan la sikit-sikit duit untung berniaga.. Untung dua ringgit pun simpan jugak... Alhamdulillah, hasilnya dah mampu borong barang niaga, ada stok sendiri dan ada ejen dropship sendiri... Modal untuk borong barang semuanya hasil keuntungan seringgit dua yang disimpan berdikit-dikit tu...

Berniagalah sekalipun engkau telah kaya...^_^


TABUNG UMRAH/KERETA


Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah lebihan gaji yang ada. Ok, kalau nak diikutkan memang takkan ada lebihnya gaji kalau kita belanja sebelum menabung.. Disiplinkn diri menabung sebelum belanja..

Kenaikan gaji tahunan TANPA penambahan tanggungan adalah WAJIB disimpan. Contohnya gini, Julai 2015 saya dapat kenaikan gaji tahunan RM225.. Tiada penambahan tanggungan bermaksud tiada baby baru atau hutang baru ketika itu.. Jadinya RM200 wajib simpan.. Selain tu, saya main kutu sekolah RM300 sebulan Jan-Okt, jadinya lebihan 300 pada Nov dan Dis wajib disimpan juga..

Tempoh Matang:
Akan di bank-in ke Tabung Haji jika mencapai 1k..

Contoh Penggunaan:
Sehingga Feb 2015, Alhamdulillah tabungan mencukupi untuk kami sekeluarga ke tanah suci, maka bermula Mac 2015 target adalah utk settlekan loan kereta yang masih berbaki puluhan ribu (pitam sat)

2016:
Tabung dikekalkn...^_^


TABUNG PENALTI


Jumlah Tabungan:
Bergantung kepada kutipan. RM5 penalti jika menggunakan smart phone pada family prime time (6pm to 10pm).

Tempoh Matang:
Ntah la bila nak matang.. Kutipan tak memberangsangkan sebab banyak ngelat... ^_^

Contoh Penggunaan:
Ada pun sikit.. Tak gamak nk guna..

2016:
Tabung dikekalkan. Penalti di tambah, selain penalti 2015, RM5 turut dicaj sekiranya menggunakan gajet di meja makan.. Saya personally memang rasa bersalah kat anak-anak... Pergi keje seawal pagi, balik sekitar jam 2.30pm.. Uruskan bisnes, pos barang, layan kastemer.. Petang dah penat... Uruskan kerja-kerja di rumah pulak (tu pun husband banyak bantu).. Bila anak balik dari tadika, dah penat nak layan depa.. Bila penat, mula la nak marah... Kesian anak-anak.. Moga-moga 2016 ini, segala khilaf dapat dibaiki.. Saya berazam nak gunakan masa 6-10pm sebaik mungkin untuk anak-anak tanpa gangguan gajet.. Saya mengaku kecanggihan teknologi dan kos sara hidup yang tinggi sememangnya telah menarik masa-masa emas yang sepatutnya diluangkan dengan anak-anak... T_T


TABUNG MATA WANG ASING
Jumlah Tabungan:
2-3 keping je setiap mata wang.

Tempoh Matang:
Tiada tempoh matang.. Untuk kenang-kenangan sahaja..

Contoh Penggunaan:
Bukan untuk digunakan... ^_^

2016:
Tabung dikekalkan.. Sekadar menyimpan wang asing dari negara-negara yang pernah dilawati... (Bukan wang asing beli kat money changer tau..kihkih)

Sumber: $$$2015$$$

No comments:

Post a Comment